Assalamualaikum.
Alhamdulillah diri ni masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan.Okay, mari share serba sedikit tentang perkara yang berlaku beberapa hari yang lepas. Takkan tak nak share kan kalo da tulis title about "travel to Gunung Gading" kan kan kan. Kisah dia macam ni, memang niat dihati nak travel or hiking anywhere places.Then kejadian yang tak dirancang ni telah berlaku pada 14Oktober2015 hari Rabu.Kebetulan cuti awal muharam.Orang sambut awal muharam kat masjid ke mana-2 tapi kita orang pergi bahan panjat Gunung Gading. Itulah yang dikatakan suratan dan takdir.
Perancangan ni bermula la dengan pujukan sorang hamba Allah ni (Iqa) dan dengan semangatnya cepat-2 setuju je, then secara rasminya saya lah orang yang akan drive ke Gunung Gading. Nampak semangat lagi bila una la orang yang semangat bangun pagi buat sarapan bekalan nak ke Gunung Gading. Mereka-mereka????(fizah & iqa) zzzzzzz amboiiiii sedap kan.Maklumlah semalam buat FYP,hihihihihi.Punya la liat, ada setan duk bertenggek kat mata kata aku.sambil goreng mi kat dapur. ..shhhhhhhhhh hihihihi gelak kecik.
Okay, kami gerak agak lewat atas kesulitan yang tak dapat dielakkan.hahahha faham2 je la.Malas nak gosip. Kami ke Gunung Gading seramai 4 orang.wahhh ingatkan ramai,ceyhhh 1 kete je la pergi. Dengan rasminya una la yang drive .Perlajalanan dari Kota Samarahan ke Gunung Gading Lundu mengambil masa 1 jam 50 minit diikutkan google maps iqa. Layankan lah dengan tempoh perjalanan. Oleh disebabkan gerak pukul 7.50 am maka kami sampai jam 9.35 am. Memang perangai una suka set masa ni. Agak laju jugak la memecut dengan viva sewa.
Sampai saja kami di pintu gerbang Gunung Gading, kami bayar tiket masuk.Bayaran hanya RM 10.00 sahaja.Then, kami park kereta dan terus ke kaunter menyambut tetamu untuk mendapatkan sedikit penerangan. Di situ kami didedahkan serba sedikit tentang perjalanan hiking kami dan gambaran panorama.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvdBennoG2CuPznAEbP9QV1o2JFJbAbfsG6VvGzv_FFIXTYoDIPCEBpBzwtszmZRyCJv0BiHsX_WX-q2x2_f1V8W2dVzwsspBB0hHCFebShIY5-Slamxr574CqLi8lAFrshCmk3yZchKU/s400/Capture.PNG) |
Sambil bayar tiket masuk RM10.00 ambil gambar dulu.
|
Inilah gambarannya, then mari tengok apa yang kami sediakan sepanjang hiking ni. Sebelum tu ,cerita sikit trek kami. Kami masuk jam 10.00 am then tamat jam 6.40 pm (maghrib). Setiap laluan kami ada perhentian jika mahu.trek yang kami singgah hanya waterfall 7 & Gunung Gading Summit (3.8 km/906meter)berbanding Gunung Santubong hanya 810 meter. Perlu tahu juga Gunung Gading mempunyai bunga rafflesia yang terbesar di dunia. Bukan senang dapat jumpa dan kami bersyukur berpeluang dapat tengok dengan mata sendiri even bunga rafflesia sudah mula untuk mati semula.
Mari tengok apa yang kami dapat berikan pada korang yang membaca ni, sebagai pembakar semangat untuk menerokai alam semulajadi sambil menenangkan fikiran.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgApcQYC7sstYDq1AAi6ab0iSpVQ9G9d4FDckgTOf7b3vUgsF1_V0yT8Fu7yyvapKlTOWsXn4U1br90QhgKnyzwBfNTB9s1ZoEeP9rgtfdIq6fKhlGBWK9VIH0Egdy-TjuW_ddiqwktiJo/s400/IMG-20151015-WA0019.jpg) |
Masih segar & mood semangat lagi.hikhokhikhok... |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibTAbehc1HuyIdqU9lFjkAAeH2fFzR_sUEPkXH-HV2lbl0zsW1uciubs6osgVEPZJWzApfcyWyZkY7YaiP28P3RBnL5Yop4ttYMG-Gn7Z1mI7i7lHZ4xpEvgVywQ2aYEg__0IUQTKoCbM/s320/IMG-20151015-WA0031.jpg) |
Kami bergilir2 menjadi leader supaya perjalanan lancar.Take care in team!!! |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuf6UfKC3XF0L0agTVhw3Y8iVdHzIdRRxE3_d_QgW9FT9OQ9fXLZZCUk7ToDG3ORNdqQWU8SU-20g5UFqebJILRrc94xSqEXdy-JPnxfkej5i7k9CG8VhH2u1ZLBJOyllAxCgjidaTrIs/s400/IMG-20151015-WA0020.jpg) |
Ok.sikit lagi smpai waterfall 7.sebelum tu ade waterfall 1 & waterfall 3.Jam 11.20 kami sampai sini check point 1.8km. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7GHh-Ker3cN5_TSpazcTp9XIOhtK5NZytLcTUGvZQtrXjBE8bRcAh7Zuiz8vUfAsCq5QBfecrL4T-dMRdZGqS9O5gs0Q6mQ8OrJBDOdRQFF9OxmAJ6dpgTanku_ThJljnDnugGQSooho/s320/IMG-20151015-WA0006.jpg) |
Then time menikmati seketika ciptaan Allah.Alhamdulillah aku masih lagi bersyukur Malaysia masih aman.Apa kaitan?? |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQYQ-AFMn1HbV_c9yBjc9mMVTB01JLDLx0ZkHzWY1HOV8VhDeVBC_4vRtvmggMiz_gOTXLpQweeCkNkyp6jZBuJ4JzHwvr9IBNgWu8ukZYzmrvP0u6jQzOJS4H8wIZ__cFwPgV4xOYLzs/s320/IMG_20151014_123225.jpg) |
Tumbuhan renek.maaf lupa apa nama saintifiknya.Credit to iqa sebab dia yang tangkap gambar. :) |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimrfGYEvg08ffnH_OTXz9YuQBqmxER1w9d2KVRPJ_j3JGwxC2ftXzHU6hDFIQbyY3B1fxCHt2Ug7DZclnQJyPHIU52xjJjygvCupUW7V-ZhKM0SHbLlX13bphuyLZZhOQy7w4RKXAyIM0/s400/IMG_20151014_123303.jpg) |
Jam12.30 start again hiking Gunun Gading Summit. Perjalnan hiking kiraan 3jam. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp0gppC5oV9I3VAGwwHZnr6PXjcCqim-4lzUYAXiovut6jcjRPUuxVQoX7UwEmvtqPSb8vS0Yd3EUVE3Y8L6KKbQMfsFS69CWZUmT5T-5wb3j5dwtM4emyx6NtBACmDRWHsJgz8-sgUWQ/s400/IMG_20151014_125622.jpg) |
Jumpa bunga rafflesia yang tunggu masa nak lenyap. Di check point 2.2 km. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjP7Oy4RuWas4UFmmJh9wbsvKvcMJLGKAJzVUQhkdkrglmQRpRpMxAk6q72Sn37cmNYtrhUe2mFzvuTXjVbosiyQc8rHv6xcMisITXE6RtJYAPz6bb2q_M7A2bT6cQTqkd6BSdPCe8kPWM/s400/IMG_20151014_130812.jpg) |
Cantik kan? unik sangat ciptaan tuhan. Banyak lagi dahan dan ranting pokok yang unik.Korang kena rase semua ni. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWU3Hjp3RhArFiXSohOz-hyOUSOCgmCB6SN6eNUvZN2DbKA2Sur7WWhruFyuv9at8FvXr5uSkszT9N4x-GShWEC3mgghuYjVWATFEGBIdAqY885Dg9at7On_J0XdeZO4W_Qp2jbxwUNZA/s400/IMG_20151014_150634.jpg) |
Jam 3.00pm kami sampai.boleh dikira cepat sebab sepatutnya kami sampai jam 3.30 pm. Maklumlah saya kan suka set masa. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXSA5JrMShoWb-Qyusvz33MgpT8Pn0v0r7C9zhiIfEiEajryovPS7AKEJkx64_2K6Oe8DCvHedz2f8VnUZZxOzle80100Udacj22oQQ76KPwoB3Wl_HLSIMi-kCK-Z5inRmL0KGraRwFs/s320/IMG_20151014_152006.jpg) |
Orang paling boyot sekali adalah aku,Una memang boyot.Sampai nak nangis.Thanks sebab support una.Akhirnya sampai. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_syVcb7D-_qycUxzWNxvHlp_4SWy6IXKEAqDmJbsOxCVfVDt1_CRiVQUp2s4RldQZ467pJ1IUhrSMzPMXcHixaXPLeaARzshkmeTZU94qzpVxU1Jn22475MWh4C6mHweaPc_miS-atrs/s320/IMG_20151014_151653.jpg) |
Kami Back to station sebab jam da menunkukkan jam 3.30 pm.Kebetulan di bawah sebenarnya hujan lebat dan guruh.Kami beranukan diri juga sebab dah nak sampai.
Oleh sebab itu, saya orang paling boyot maka saya orang paling semangat nak turum. Orang lain pulak yang sakit kaki. Pelnbagai dugaan kami bila turun sebab kawasan bukit bawah dah basah . Bila hujan cuaca cepat gelap. Seriously..... memang seram.Tapi tabahkan hati kekalkan stamina yang tak berapa tu untuk terus jalan ditambah dengan tongkat kayu sebagai sokongan kaki. Kami dengar azan maghrib dalam hutan, kami tau kami hampir sampai.Allah saja tau keadaan kami yang hanya 4 orang ni. Fizah & Ina sudah kesakitan kaki menyebabkan kaki diaorang sakit nak bergerak turun bukit.Sangat menguji kami semua.Walupun saya tak ada apa2 maslah tapi atas rasa tanggjawab saya mensti tunggu mereka.Kuatan hati kuatkan iman kuatkan fizikal.Itu semua perlu apabila korang ada dalam situasi kami.Kami orang yang last keluar dari Gunung Gading. Ucapan syukur Alhamdulillah kepada Allah tak pernah putus. Alhamdulillah kami dapat satu semangat baharu dan nak teruskan hiking gunung lain pula. Insyaallah.Inggat Allah sentiasa ada tak kira apa pun keadaan termasuk dugaan kita belajar ni. Untuk FYP ni, dugaan belajar duniawi tapi jangan lupa berkat itu dari Allah.
Okay, next time saya kan share ape yang saya dapat rumuskan dalam sesi penjelajahan ini.Insyaallah.Selamat Membaca,
sekian.
|
No comments:
Post a Comment