Thursday, October 1, 2015

Jom Kenal Color Wheel & Monochrome Color

Santai2 kenal jenis warna iaitu color wheel and monochrome color. For this semester , banyak tertumpu kepada kajian warna iaitu color coordination. Color coordination ni jugak termasuk dalam kajian FYP... sebab saya nak menggunakan color semulajadi sebagai pewarna pada batik. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 da buat kajian teruskan kepada FYP. So, lebih mendalam sikit kajian saya. Oleh itu, jom kenal2 the basic color that student art should know. 

Okay, kita sedia maklum bahawa warna mempuyai perhubungan antara warna primer(primary), warna sekunder(secondary) dan warna tertier( tertiery). 

Warna Primer : merah , biru dan kuning.

Warna Sekunder ( merupakan campuran di antara dua warna primer) : 

  • merah + biru = Ungu
  • biru + kuning = Hijau
  • kuning + merah = Oren 
 Warna Tertier ( dihasilkan dengan campuran warna daripada warna sekunder  dengan warna primer

  • merah + ungu = Merah Ungu
  • biru + ungu = Biru Ungu
  • biru + hijau = Biru Hijau
  • kuning + hijau = Kuning Hijau
  • kuning + oren = Kuning Jingga
  • merah + jingga =  Merah Jingga

Mari kita tengok warna yang dihasilkan daripada saya sendiri supaya dapat sedikit info. Berikut adalah perhubungan antara warna ini dapat dilihat dalam gambar 1.1 ( jenis klasifikasi warna dan gambar 1.2 roda warna hasil kreativiti sendiri di bawah.


Gambar 1.1 yang merupakan klasifikasi warna .



Gambar 1.2 roda warna hasil kreativiti sendiri.


Baiklah, stop tentang roda warna. Seterusnya kita kenali pula mengenai Monochrome Color.
Dalam bahasa dinamakan warna monokromatik yang diperoleh daripada hasil gradasi (gradient) warna pilihan. Gradasi warna ini bermula daripada warna yang paling terang hingga yang paling gelap. Misalnya, warna monokromatik daripada hitam pekat , hitam kepudaran, abu-abu, hingga kepada warna putih.Begitu juga dengan warna yang lain sama ada biru, merah, hijau dan lain- lainyang bermula dari warna gelap ke cerah. Warna monokromatik ini juga dipanggil warna harmoni. Berikut adalah contoh warna monokromatik yang dihasilkan oleh saya sebagai panduan dan contoh .


 Gambar 1.3  Warna Monokromatik .

Okay, ini adalah serba sedikit info yang biase aje. Nantikan topik yang lebih penting dalam fyp. Ini adalah sampingan dari pembelajaran yang lepas tetapi sentiase di ulangi setiap pelajaran akan datang.
sekian, see ualls.... bye bye~~~. 










No comments:

Post a Comment