Tuesday, October 20, 2015

Rujukan Literature Review Una.

Kembali lagi saya dalam....... FYP hahaha.Okay, memandangkan esok 22Nov Khamis saya punya kelas FYP.So, perkara yang perlu saya sediakan untuk esok adalah Bab 1 yang selengkapnya, Bab 2 Literature Review dan Bab3 Metodologi Kajian. Melalui proses ini sekarang saya dalam rangkaan untuk menjalankan Bab2 iaitu Literature Review. Beberapa rujukan yang telah saya lakukan dalam beberapa minggu lepas sebagai panduan untuk mencari bahan.Jom saya nak kongsi sikit ape yang saya dapat .

Laman sesawang :

  • Ashis Kumar Samanta and Adwaita Konar. (2011). Dyeing of Textiles withNatural Dyes University of Calcutta India.
          Dimuat turun daripada http://www.intechopen.com/books/natural- 
          Dyes/dyeing-of-textiles-with-natural-dyes.
  • http://www.eshamzhalim.com/moh-ke-perak-kehalusan-seni-tekat-azydar-enterprise-vmy2014/ 

  • http://cikgusharifahofficial.blogspot.my/2013/06/kraf-tradisional-tekat.html

  • http://pemuliharaankraf.blogspot.my/2011/06/bicara-tokoh-bersama-adiguru-dan-tokoh.html

  • http://www.sobriyaacob.com/2014/07/perak-trip-seni-warisan-tekat-benang.html

  • https://pendidikansenivisual02.wordpress.com/isi-kandungan/jenis-tekat/

  • baju kurung pahang
  • https://bajukurungcotton.wordpress.com/history/


  • tenun http://crexzo-production.blogspot.my/2013/03/sejarah-tenunan-pahang-songket.html

  • -http://msaziran.blogspot.my/2012/02/tenun-pahang.html

  • -http://pancapersada.blogspot.my/2009/09/pemprosesan_28.html

  • My Batik. Batik history. Dilayari pada 9 Oktober 2013
  • http://mybatik.org.my/batik-guide/batikhistory/africa-batik/
Buku


Kate. B. (1995). Textile dyeing : the step-by-step guide and showcase. MA : Rockport Publishers, Inc. ; Cincinnati, OH : Distributed by North Light Books.

Thames and Hudson. The fashion designer’s textile directory (2011).

Linehan, W. (1973). A History of Pahang. Reprint no. 2, M.B.R.A.S. Kuala
Lumpur: Reprints, Charles Grenier, Sdn. Bhd.

Abd. Manaf, Sahaimi et al. (2006). Tenun Pahang. Kuala Lumpur: Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia.
  

Baiklah, ini adalah serba sedikit info.Terdapat banyak lagi kajian yang perlu saya fokuskan terutama mengenai tekat timbul.Agar sukar untak saya mencari bahan ini kerana sumber yang kurang meyakinkan.Buat setakat ini perkongsian saya .Okay, kali ni agak serius sedikit perbincangan kita sebab memang perlu ketekunan dan kerja keras. Insyaallah di lain hari pula saya akan kongsikan aa yang saya buat. Sekian.selamat menelaah buku yer kawan- kawan.

                                                  Monday, October 19, 2015

                                                  Travel to Gunung Gading, Lundu.

                                                  Assalamualaikum.


                                                  Alhamdulillah diri ni masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan.Okay, mari share serba sedikit tentang perkara yang berlaku beberapa hari yang lepas. Takkan tak nak share kan kalo da tulis title about "travel to Gunung Gading" kan kan kan. Kisah dia macam ni, memang niat dihati nak travel or hiking anywhere places.Then kejadian yang tak dirancang ni telah berlaku pada 14Oktober2015 hari Rabu.Kebetulan cuti awal muharam.Orang sambut awal muharam kat masjid ke mana-2 tapi kita orang pergi bahan panjat Gunung Gading. Itulah yang dikatakan suratan dan takdir.
                                                   Perancangan ni bermula la dengan pujukan sorang hamba Allah ni (Iqa) dan dengan semangatnya cepat-2 setuju je, then secara rasminya saya lah orang yang akan drive ke Gunung Gading. Nampak semangat lagi bila una la orang yang semangat bangun pagi buat sarapan bekalan nak ke Gunung Gading. Mereka-mereka????(fizah & iqa) zzzzzzz amboiiiii sedap kan.Maklumlah semalam buat FYP,hihihihihi.Punya la liat, ada setan duk bertenggek kat mata kata aku.sambil goreng mi kat dapur. ..shhhhhhhhhh hihihihi gelak kecik.

                                                  Okay, kami gerak agak lewat atas kesulitan yang tak dapat dielakkan.hahahha faham2 je la.Malas nak gosip. Kami ke Gunung Gading seramai 4 orang.wahhh ingatkan ramai,ceyhhh 1 kete je la pergi. Dengan rasminya una la yang drive .Perlajalanan dari Kota Samarahan ke Gunung Gading Lundu mengambil masa 1 jam 50 minit diikutkan google maps iqa. Layankan lah dengan tempoh perjalanan. Oleh disebabkan gerak pukul 7.50 am maka kami sampai jam 9.35 am. Memang perangai una suka set masa ni. Agak laju jugak la memecut dengan viva sewa. 

                                                  Sampai saja kami di pintu gerbang Gunung Gading, kami bayar tiket masuk.Bayaran hanya RM 10.00 sahaja.Then, kami park kereta dan terus ke kaunter menyambut tetamu untuk mendapatkan sedikit penerangan. Di situ kami didedahkan serba sedikit tentang perjalanan hiking kami dan gambaran panorama.



                                                  Sambil bayar tiket masuk RM10.00 ambil gambar dulu.


                                                  Inilah gambarannya, then mari tengok apa yang kami sediakan sepanjang hiking ni. Sebelum tu ,cerita sikit trek kami. Kami masuk jam 10.00 am then tamat jam 6.40 pm (maghrib). Setiap laluan kami ada perhentian jika mahu.trek yang kami singgah hanya waterfall 7 & Gunung Gading Summit (3.8 km/906meter)berbanding Gunung Santubong hanya 810 meter. Perlu tahu juga Gunung Gading mempunyai bunga rafflesia yang terbesar di dunia. Bukan senang dapat jumpa dan kami bersyukur berpeluang dapat tengok dengan mata sendiri even bunga rafflesia sudah mula untuk mati semula.


                                                  Mari tengok apa yang kami dapat berikan pada korang yang membaca ni, sebagai pembakar semangat untuk menerokai alam semulajadi sambil menenangkan fikiran.



                                                  Masih segar & mood semangat lagi.hikhokhikhok...



                                                  Kami bergilir2 menjadi leader supaya perjalanan lancar.Take care in team!!!


                                                  Ok.sikit lagi smpai waterfall 7.sebelum tu ade waterfall 1 & waterfall 3.Jam 11.20 kami sampai sini check point 1.8km.



                                                  Then time menikmati seketika ciptaan Allah.Alhamdulillah aku masih lagi bersyukur Malaysia masih aman.Apa kaitan??

                                                  Tumbuhan renek.maaf lupa apa nama saintifiknya.Credit to iqa sebab dia yang tangkap gambar. :)

                                                  Jam12.30 start again hiking Gunun Gading Summit. Perjalnan hiking kiraan 3jam.

                                                  Jumpa bunga rafflesia yang tunggu masa nak lenyap. Di check point 2.2 km.

                                                  Cantik kan? unik sangat ciptaan tuhan. Banyak lagi dahan dan ranting pokok yang unik.Korang kena rase semua ni.

                                                  Jam 3.00pm kami sampai.boleh dikira cepat sebab sepatutnya kami sampai jam 3.30 pm. Maklumlah saya kan suka set masa.

                                                  Orang paling boyot sekali adalah aku,Una memang boyot.Sampai nak nangis.Thanks sebab support una.Akhirnya sampai.

                                                  Kami Back to station sebab jam da menunkukkan jam 3.30 pm.Kebetulan di bawah sebenarnya hujan lebat dan guruh.Kami beranukan diri juga sebab dah nak sampai.



                                                  Oleh sebab itu, saya orang paling boyot maka saya orang paling semangat nak turum. Orang lain pulak yang sakit kaki. Pelnbagai dugaan kami bila turun sebab kawasan bukit bawah dah basah . Bila hujan cuaca cepat gelap. Seriously..... memang seram.Tapi tabahkan hati kekalkan stamina yang tak berapa tu untuk terus jalan ditambah dengan tongkat kayu sebagai sokongan kaki. Kami dengar azan maghrib dalam hutan, kami tau kami hampir sampai.Allah saja tau keadaan kami yang hanya 4 orang ni. Fizah & Ina sudah kesakitan kaki menyebabkan kaki diaorang sakit nak bergerak turun bukit.Sangat menguji kami semua.Walupun saya tak ada apa2 maslah tapi atas rasa tanggjawab saya mensti tunggu mereka.Kuatan hati kuatkan iman kuatkan fizikal.Itu semua perlu apabila korang ada dalam situasi kami.Kami orang yang last keluar dari Gunung Gading. Ucapan syukur Alhamdulillah kepada Allah tak pernah putus. Alhamdulillah kami dapat satu semangat baharu dan nak teruskan hiking gunung lain pula. Insyaallah.Inggat Allah sentiasa ada tak kira apa pun keadaan termasuk dugaan kita belajar ni. Untuk FYP ni, dugaan belajar duniawi tapi jangan lupa berkat itu dari Allah.

                                                  Okay, next time saya kan share ape yang saya dapat rumuskan dalam sesi penjelajahan ini.Insyaallah.Selamat Membaca,
                                                  sekian. 















                                                  Wednesday, October 7, 2015

                                                  SENARAI TAJUK FYP

                                                  Assalamualaikum, dan selamat membaca.hihi... sebelum ini saya memperkenalkan berkaitan warna asa dan juga warna monokrom. Hari ini saya ingin menfokuskan tajuk yang telah saya senaraikan untuk kajian f.y.p . Tajuk yang saya sediakan sebenarnya selalu di tolak oleh pensyarah oleh kerana kesilapan tajuk . Baiklah, tajuk yang saya telah sediakan iaitu :

                                                  1. Mengaplikasi Motif Seramik Islam Dalam Penggunaan Batik.
                                                  2. Mengaplikasi Motif Ukiran Kayu Dalam Penggunaan Batik Canting.
                                                  3. Mengaplikasi Motif Tenunan Pucuk Rebung Kepada Teknik Batik Blok Dalam Pemakaian Baju Kurung Pahang Menggunakan Pewarna Semulajadi.
                                                  4. Pengaplikasi Sulaman Tekat pada Baju Kurung Pahang.(tak dapat di sahkan lagi)

                                                  Okay, disebabkan kesulitan ini saya tak dapat lagi meneruskan apa- apa lagi untuk chapter 1. Its disaster okay. Bukan nak main-main dengan f.y.p ni tapi setiap tajuk saya sediakan sebab saya tahu apa saya nak buat tapi disebabkan tiada kelulusan untuk saya membuat kajian jadi menyukarkan tugas kajian saya. Sangat mencabar minda saya. Bersedia untuk bertungkus lumus okay untk f.y.p. Melalui pendedahan tajuk saya harap pembaca boleh memberi komen apa yang anda faham mengenai tajuk f.y.p saya.Terutamanya tajk nombor 3 , keran tajuk ini memang saya nak buat tapi tiada sokongan.Thank kepada en supervisor saya kerana sentiasa bersama membantu dan menguatkan semangat walaupun pelbagai kesulitan berlaku.Bagi tajuk ke 4 ini sebenarnya saya kurang faham apa yang perlu dibuat.Oleh disebabkan cadangan dari seseorang jadi saya cuba fahami.Andai ada insan yang sudi membantu itu adalah rahmat bagi saya.Okay... setakat ini saja yang mampu saya kongsikan mengenai kesulitan f.y.p saya. Selagi ada iman dihati dan insan yang memberi semangat selagi itu saya tak akan mengalah.caiyokkkkk!Doakan.


                                                  Gambar ini merupakan sedikit informasi yang saya baca dan jadikan sebagai nota untuk memahami sulaman tekat.

                                                  Thursday, October 1, 2015

                                                  Jom Kenal Color Wheel & Monochrome Color

                                                  Santai2 kenal jenis warna iaitu color wheel and monochrome color. For this semester , banyak tertumpu kepada kajian warna iaitu color coordination. Color coordination ni jugak termasuk dalam kajian FYP... sebab saya nak menggunakan color semulajadi sebagai pewarna pada batik. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 da buat kajian teruskan kepada FYP. So, lebih mendalam sikit kajian saya. Oleh itu, jom kenal2 the basic color that student art should know. 

                                                  Okay, kita sedia maklum bahawa warna mempuyai perhubungan antara warna primer(primary), warna sekunder(secondary) dan warna tertier( tertiery). 

                                                  Warna Primer : merah , biru dan kuning.

                                                  Warna Sekunder ( merupakan campuran di antara dua warna primer) : 

                                                  • merah + biru = Ungu
                                                  • biru + kuning = Hijau
                                                  • kuning + merah = Oren 
                                                   Warna Tertier ( dihasilkan dengan campuran warna daripada warna sekunder  dengan warna primer

                                                  • merah + ungu = Merah Ungu
                                                  • biru + ungu = Biru Ungu
                                                  • biru + hijau = Biru Hijau
                                                  • kuning + hijau = Kuning Hijau
                                                  • kuning + oren = Kuning Jingga
                                                  • merah + jingga =  Merah Jingga

                                                  Mari kita tengok warna yang dihasilkan daripada saya sendiri supaya dapat sedikit info. Berikut adalah perhubungan antara warna ini dapat dilihat dalam gambar 1.1 ( jenis klasifikasi warna dan gambar 1.2 roda warna hasil kreativiti sendiri di bawah.


                                                  Gambar 1.1 yang merupakan klasifikasi warna .



                                                  Gambar 1.2 roda warna hasil kreativiti sendiri.


                                                  Baiklah, stop tentang roda warna. Seterusnya kita kenali pula mengenai Monochrome Color.
                                                  Dalam bahasa dinamakan warna monokromatik yang diperoleh daripada hasil gradasi (gradient) warna pilihan. Gradasi warna ini bermula daripada warna yang paling terang hingga yang paling gelap. Misalnya, warna monokromatik daripada hitam pekat , hitam kepudaran, abu-abu, hingga kepada warna putih.Begitu juga dengan warna yang lain sama ada biru, merah, hijau dan lain- lainyang bermula dari warna gelap ke cerah. Warna monokromatik ini juga dipanggil warna harmoni. Berikut adalah contoh warna monokromatik yang dihasilkan oleh saya sebagai panduan dan contoh .


                                                   Gambar 1.3  Warna Monokromatik .

                                                  Okay, ini adalah serba sedikit info yang biase aje. Nantikan topik yang lebih penting dalam fyp. Ini adalah sampingan dari pembelajaran yang lepas tetapi sentiase di ulangi setiap pelajaran akan datang.
                                                  sekian, see ualls.... bye bye~~~.